Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY.

Tuesday, September 13, 2011

TARABAS COME BACK!!!

The Cave of The Golden Rose.....citer ni mmg aku tunggu bertahun lamanya utk diulang tayang....kekasehku Tarabas yang lama menghilang muncul kembali....

yey...

setiap ahad jam 10 mlm....sila berada di hadapan tv9 utk menyaksikan kisah cinta kami...*verangan.



tarabas, nak tarabas....sila muncul....

Monday, July 11, 2011

11.7.11

Oh!! today is my birthday...happy birthday to myself...

And to those who sharing the same birthdate, my lovely little brother Muhammad Solehen, my lovely cousin Amirul Ashraf, my lovely grandmother Hajah Aishah Yeop, and last but not least, my childhood longlast friend Mell Roslan......Happy Birthday to all of you and may Allah bless all of us always....love you all so much...

Thank you for those who wishing me...and pray for me...especially to my lovely mom, Puan Sadiah...thank you mom for all the doa you pray for me and the siblings...i love you mom....

Thank you to my lovely brother and his girlfriend for the sweet wishes....i love you bro...so much...happy birthday to you too, little tiny brother.... ;)
my brother with his gf...he also sharing the same birth date with me...

To my sweet best friends, Izzy and Ralyna, thank you for the birthday card and it means a lots for me...you guyz are soooooo sweet and thank you for being my best friends no matter how bad i am, u guyz still stick as a good friends for me....thank you dearies....
from Ralyna: thank you Ralyna....u r sooo sweet....
from izzy : thank you Izzy....santek...i like.....love u...

To Leowania the surfer girl (my chinese friend) thank you for the candle holder...it's beautiful....and happy to spending the weekend with you.....nice knowing u....
from Leowania:  thanks Leo, love it ;)
To all friends in FB, thank you for all the sweet wishes and doa for me today....penuh wall aku arini...hehe...

To Mr. IZ, i still waiting......................

wahhhh...panjang naw speech.....mengalahkan org dapat award....apapun, aku sangat bersyukur kerana sehingga ke hari ni, aku diberi cukup sifat, nyawa, akal, keluarga, Mr. IZ dan kawan2 yg menyayangi aku seadanya...walaupun banyak perkara yang belum dapat aku capai, aku betul2 bersyukur kerana masih bernafas dan dikurniakan pancaindera yang sempurna hingga ke saat ni (walaupun terdapat sedikit kerabunan di situ, haha)....syukur alhamdulillah...

Celebration? tak celebrate pun mlm tadi...cuma, untuk memanjatkan kesyukuran di hari lahir aku yang ke-13  ni (verangan sgt...), tepat jam 12 mlm, satu bacaan yassin aku hadiahkan untuk diri sendiri dan buat mereka2 yang aku sayang....moga hidup aku dan orang2 yang aku sayang, mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT, Tuhan semesta alam....amin....btw, smalam 10.7.11 genap setahun aku dan Mr. IZ engaged....doakan hubungan kami juga yer.... ;)

di kala umur 31.....bila mau kawen?

HAPPY BIRTHDAY ;)




Sunday, July 3, 2011

MOTHER'S CARE

Bersiaran langsung dari rumah mak......


Demam tak baik lagi...gagahkan juga bangun dan makan...
Mak masak bubur...supaya aku selera makan...(untungnyer kalau hari2 dok dengan mak...)
Ke Klinik 1Malaysia di kawasan kejiranan rumah mak...
2 jenis ubat je dia bagi, panadol dan piriton utk selsema...aku batuk, pesal dia tak bagi ubat batuk?
Makan ubat dan tido....hidup tak productive dua tiga hari ni...
Nasihat doctor, minum air masak banyak2, dan bersenam utk mengurangkan risiko demam kali ke.........berikutnye....
Sib baik berada di rumah mak, dapat la sedikit belaian manja dan perhatian...kurang sedikit rasa sakit...
Kalau sorang2, tentu penyakit tak kebah2....
Sayang mak...(time ni baru hang cari mak yer?.......)




Thursday, June 30, 2011

ISRAK MIKRAJ



Salam Israk dan Mikraj buat semua.....

Firman Allah S.W.t :  
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran kami.  Sesusngguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." 
Surah Al-Israa': Ayat 1

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab 721 Masihi, dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sblm Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailidmeninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

gambar hiasan : ini bukan buraq sebenar yer.....
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui "Mikraj" (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.

juga gambar hiasan....
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.  Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad S.A.W. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad S.A.W. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53),Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.

Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.  Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW. 


future M.I.L tgh sarung cincin..shy tau!
Pada tarikh Israk Mikraj ini jugak saya telah ditunangkan dengan Mr. IZ (mengikut kalender biasa on 10 July)...jadi, ikatan pertunangan kami telah menjangkau usia satu tahun...moga2 ikatan kami diakhiri dengan ikatan perkahwinan pulak tahun ni...insyaAllah...tp, belum dapat tarikh lagi...doakan kami yer.... ;)




Wednesday, June 29, 2011

SEX GOOD FOR HEALTH

Info kesihatan....tapi yang ni 18sx tau…narrow minded people are not allow to read this info...takut tersalah erti....

Info ni bagi pasangan2 yang dah berkahwin adalah paling sesuai...yg belum tu, sniri pk.....

Makcik satu:  hangpa gatai na, belum kawin hangpa dah story2 pasai ni, mcm hangpa tu terar sgt.....

Kami:  bukan pa makcik, info ni kami boleh ambil sebagai panduan dan pengetahuan....


Want to kick start your day feeling healthy and positive? Look no further than the bedroom, suggests a new study. According to the research, adults who make love first thing in the morning apparently not only feel more upbeat for the rest of the day, but also benefit from a stronger immune system.
  
Kajian juga mendapati, orang dewasa yang memulakan hari dengan cara ini adalah lebih sihat dan lebih ceria daripada orang dewasa yang hanya minum teh secawan dan sekeping dua roti sebelum keluar dari rumah….

Cara ni jugak boleh mengurangkan kesejukan yang membawa kepada selsema…selain dari tu, ianya baik utk rambut, kulit dan kuku......mcm tak caya kan?


Antara research yang boleh dipercayai mengatakan bahawa sex good for health adalah:

Research dari Dr Debby Herbenick (American research scientist & sex advice columnist) :
"Having sex in the morning releases the feel-good chemical oxytocin, which makes couples feel loving and bonded all day long.” 

“It makes you stronger and more beautiful too: Morning sex can strengthen your immune system for the day by enhancing your levels of IgA, an antibody that protects against infection.”

"And it releases chemicals that boost levels of oestrogen, which improves the tone and texture of your skin and hair."

Research dari Queens University in Belfast: 
“Having sex three times a week could halve the risk of heart attack or stroke.”

Research from Nottingham University:
“Men who kept up a regular sex life in their 50s were also at lower risk of developing prostate cancer.”


Amalkan cara hidup sihat dengan cara yang betul dan dengan orang yang betul…as for me, info2 mcm ni ada gunanya...boleh mengeratkan perhubungan suami isteri dan meningkatkan tahap kesihatan kita....

sapa yg lum kawin tu, esok2 dah kawin boleh la amalkan...skang ni, korang jogging la dlu, tak pun pi berenang ke, main bola ke, rock climbing ke....supaya kite kekal sihat sepanjang masa....


aku bile nk bersenam ni? tak pe lah balik kang kemas rumah, sapu lantai, basuh baju....dah lama aku tak mengemas, umah dah mcm sarang kucing nk beranak bak kata mak aku....huhuhu

till we meet again.... ;)



credit photo to: Natalie

Monday, June 27, 2011

KURSUS PERKAHWINAN & BLOOD TEST (HIV)

Hye all...today i wanna share with u tentang kursus perkahwinan dan blood test for HIV...

Last week, aku ke Paddy Land untuk menjalani kursus kahwin yang dah beberapa kali ditangguh oleh aku dan Mr. IZ...akhirnya, we both decide buat kat tpt asal Mr. IZ...gigih kan ahkak turun smp Kedah?....life ahkak mmg adventure..apa pun, alhamdulillah, kali ni berjaya jugak kitorang settlekan kursus tu...

Date: 24 June 20011 and 25 June 2011
Time:  First day (9.00 am - 6.00 pm), Second day (9.00 am - 4.00 pm)
Venue:  Zaliny Enterprise, Jitra, Kedah 
Contact:  03-9176320 (Jitra branch), 04-7348663 (Alor Setar branch)
Fee:  RM65 (makan minum not included tapi dapat air kotak sorang satu waktu balik...huhu)

buku ni dapat free masa pendaftaran....

Zaliny Enterprise ni ekceli cawangan dia kat Alor Setar, Kedah...tapi tarikh yg kitorang nak tu takde last week...so dicadangkan we both buat kursus tu kat cawangan Jitra, Kedah...okey la not bad...ustaz2 yang bagi ceramah tu semua educated and pandai buat lawak...penat gelak...org utara ni mmg ditakdirkan kelakar kot...Mr. IZ pun kelakar...huhu...boleh lak dia pi tidoq dlm class...sib baik ada telefon mudah alih...boleh gak aku tembak2 sms kat dia bile mata dia mula nak lelap....but, takde lah dia tido setiap sesi....terlelap je kejap2...

gambar hiasan : contoh crowd dlm kursus kahwin...

Crowd dlm class tu majority orang Kedah...ada few je yg datang dari negeri lain, termasuk aku....sib baik dapat geng, budak Alor Setar...nama dia Hanim (kami dah jadi rakan facebook, huhu..)...takde la aku ngantuk masa dlm class tu...alhamdulillah, sekali pun aku tak berat mata masa dengar ceramah...of course aku tanak terlepas peluang dengar ceramah tu coz aku mesti nk tau hak2 aku sebagai seorang isteri, dan hak2 suami tu dlm rumahtangga....kalau tak dengar betul2, mungkin kite akan terlepas pandang akan benda yang remeh-temeh....penting beb!! So, sapa2 yg tak pergi lagi tu...baik korang pergi...nnt lama2 ada kiamulail bagai....skang ni dua hari je...valid seumur hidup... ;)

Bab blood test plak...blood test ni diperlukan untuk menguji sama ada korang ni HIV positif atau HIV negatif...blood test ni wajib, tapi cuma valid 6 bulan je....so, korang pandai2 la budget bile nk gi buat blood test ni....utk blood test ni aku dan Mr. IZ buat kat Alor Setar je...

Date:  26 June 2011
Time: 2.30 pm (korang boleh tgk time table kat bawah utk rujukan kalau nk budget bile nk gi nnt)
Venue:  Klinik Kesihatan Jalan Putra, Alor Setar, Kedah
Fee:  RM1
Duration:  >< 20 minutes

time table kat Klinik Kesihatan Jalan Putra...

yang bagusnya, result utk blood test tu dapat pada hari yang sama....alhamdulillah, result kami dedua negative...tak smp stengah jam pun, we both dah dapat settle semua....kalau nk buat kat KL or Putrajaya, jangan harap la ko dapat buat pada hari yang sama ko datang nk buat ujian tu...harus dia bagi ko appointment dlu, then baru datang pada tarikh yg ditetapkan...pastu result pun lambat dapat tau...korang kene bertindak bijak, kalau nk gi buat blood test tu, baik cari klinik2 kesihatan yang tak ramai org pegi...semoga berjaya....

yey, dah leh kawen!!!....ahkak happy noks!!
mcm hero hindustan tak Mr. IZ? dedua pose tak leh blah...

eh belum lagi!!....pas dah dapat sijil pra perkahwinan nnt, ada few things lagi yang kite kene settle...urusan2 yang membabitkan Jabatan Agama Islam....few borang nk kene isi oleh pihak lelaki dan pihak perempuan...so, buat masa ni, aku stop takat ni dlu...tunggu sijil keluar 10 Julai 2011 ni, then baru pelan2 langkah ke step yang seterusnya...

nak melangkah ke alam perkahwinan ni bukan senang.....tapi, yang bukan senang tu akan jadi mudah kalau kite ikut langkah2 dengan betul dan niat yang baik....moga dipermudahkan...amin.

hoyeee!! hoyeee.....dua babak sudah settle.




Tuesday, June 14, 2011

BOYS BECOME MEN


it's so true.


Monday, June 13, 2011

WE ARE BEAUTIFUL, ALLAH LOVES US

There's something i wanna share with u...

It's better this way....

I want Allah to Love me
I need Allah to Like me
I do not want Allah to leave me alone in the dark.....

instead of...

I want him/her to Love me
I need him/her to Like me
I do not want him/her to leave me alone in the dark...

we are not perfect...but, we got time to try to be close to perfect....moga hari kita diberkati....loves Allah first, then, He will send to you someone who loves Him to love you...


Monday, May 9, 2011

LOVE's ARTWORK - DRAWING 4

Sakit gigi skang ni....malas nk ckp....(bukan mmg malas ckp ke?)

owh ya, ni dia lukisan Mr.IZ seterusnya.....kau  cubelah tafsirkan kalau terer...

click to enlarge

Thursday, April 21, 2011

LOVE's ARTWORK - DRAWING 3

click to enlarge
My Love said that, there is me in this drawing......try to find it...

Monday, April 18, 2011

LOVE's ARTWORK - DRAWING 2

click to enlarge
What u guyz see? this one i can't describe what exactly it is....i just saw an eye, human figure....entahla apa ni...nnt la i tanya Mr.Love.....

Thursday, April 14, 2011

LOVE's ARTWORK - DRAWING 1

One of my Love's drawing....he said that, there are two women faces in this drawing....can u see that? before he ask me, i already can see it... ;) haha, terer jugak aku tafsir drawing dia....
(click to enlarge)

Wednesday, April 13, 2011

LOVE'S ARTWORKS

yer.....blog update!!...sila hadap smp bosan....huhu..

Lihat, my love's artworks....beautiful rite? what!!? no?!! u are not artistic at all if u say 'no'...for me, it's beautiful...he's gifted....and his art are unique...i try to fix all his drawing in one page...i will upload one by one later...enjoy!!

(click to enlarge)



Thursday, March 31, 2011

SOME DAY.



credit to : sayingimages.com

Friday, March 25, 2011

ALEXANDER IN RELATIONSHIP


Tadaaaa......ALEXANDER IN LOVE.......................he meet her long lost girlfriend, ROXANNE....at last....Alexander are not alone anymore.....Alexander is in relationship.....


This is ROXANNE.....say hi to Roxanne......my love just bring her from Alor Star to meet Alexander...she is also my love's art sculpture....like Alexander before, he do it himself....thanks love, i really like it ;)

ROXANNE, the heroin horse....see, got crown on her head.....keturunan raja juga....she's blonde...kaki panjang (long legs), leher jinjang (long neck)...body like model.....pandai Alexander pilih teman hidup.....

;) suke.


Tuesday, March 15, 2011

SAYUR vs HP


Dah beli dah....hehe...thank you Mr. IZ...

alaa, hp murah jer...ikut budget...tapi ori okey...bukan made in china yer...tolong sikit....

JiaJen ckp aku beli hp mcm beli sayur kat pasar...

Pilih - Belek - Ambil - Bayar (Cash) - Beredar.....tak sampai 10 minit pun...

Aku mmg mcm tu....jarang nk survey banyak tempat, berkenan,  trus grab....

Mesti mamat jurujual tu suke ada customer mcm aku...kalau la semua customer dia mcm aku, mesti dia bangga jadi jurujual....

Yey, dah ada hp semula....

Handphone and Me


Mau cari BlackBerry....tapi harga $400 je....ade? 

Tak agak, nk pakai BlackBerry, tapi nk murah....kau ade?

Misi mencari new hp esok....harap2 ada yg berkenan...dengan budget yg sedia ada (belas ehsan dari En.IZ..tq En.IZ..sayang u)...

Aku bukan peminat setia hp....asal ada cukup...boleh cll, boleh sms, sudah...tambah sket lagi, mesti ada camera and bluetooth, supaya aku boleh snap gambar anak buah kesayangan aku banyak2 (ghindunyerrr kat aqeel)...dan, gambar cake.

heyyyy si someeeell.....geget baru tau!! ghindu....

Thursday, March 3, 2011

ALEXANDER THE HERO HORSE


This is Alexander....say Hi! to Alexander........ ;)

Thank you to my love for this horse sculpture...he do it himself...cool ha? Got LOVE necklace on the neck...really like it....ni kuda keturunan raja ni....macho kan? tapi sedikit sombong....bukan semua boleh dekat ngan dia...

Kudaku lari gagah beraniii.......jeng jeng jeng....

Wednesday, March 2, 2011

1st HOMEMADE CHOCOLATE CAKE ORDER

This is my first order.....thank you to Tengku Asmadi kerana menjadi pelanggan Homemade Chocolate Cake aku yang pertama....of course i gave him discount...he's the first one...nanti kite dengarkan testimonial dari Tengku Asmadi about my chocolate cake yer....

I got one more order today.....by Puan Norze.....syukur Alhamdulillah.....balik ni baking project bakal dijalankan....good step ha? hehe....aku rasa buat cake lagi sonok dari bercinta....i bake my cake with full of heart, with full of love.....that's my main secret ingredient...... ;)


Quote:  

LIFE IS SO SWEET...LIKE CHOCOLATE....WHY WASTE IT? ENJOY WHAT WE DO, WE'LL BE HAPPY BY DOING THAT....xoxo.


 
template by suckmylolly.com : background by Tayler : dingbat font TackODing