WHAT THE??!!!! gila betul Media Prima ni....dah ilang akal ke hape?
kenapa nk babitkan politik dlm rancangan ilmiah kanak2 ni? kenapa sekat rezeki saudara seislam kita? kesian budak2 yang sama2 mengaji dengan Ustaz Zamri ...dorang tak tau apa2, alih2 rancangan yg dorang suke, terpaksa dibanned...Ya Allah, kesiankan la anak2 kecil yang tak berdosa ni.....dan generasi-generasi kita yang masih kecil yang tak jemu2 menonton rancangan Adik dan Al-Quran....
rasanya, dlm rancangan Adik & Al-Quran, takde istilah politik...dan, Ustaz Zamri (si kacak yg pandai ajar mengaji, sib baek kau dah berbini...haih!), hanya menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak2 kecil membaca Al-Quran dan sumber rezeki yang halal...salah ke?
cube kau suruh salah sorang daripada ahli umno cotohnya, Khairi Jamaludin, mampu ke dia nk ajar anak2 kecil tu baca Al-Quran? tu sebab Allah tu jadikan someone mcm Ustaz Zamri untuk ajar Al-Quran kpd anak2 kecil kite....bukan nk sokong ustaz zamri sebab dia tak sokong UMNO, tapi serius i sedih sebab mereka sekat rezeki dia dan anak2 dlm rancangan tu, tak terkecuali.....sob sob...
hak mengundi itu, terletak pada individu...kite bukan lembu yang dicucuk hidung, kita ada pilihan....biar la dia undi sapa pun, kite pun, biar la kite undi sapa pun, asalkan kerja yang kita lakukan tu halal...kite sokong yang betul...ikut hati kita...bukan ikut org lain...dlm kes ni, isu politik sepatutnya tak timbul...
kalau la nk kata politik ni....bagi aku sangatlah kotor...bukan pemimpinnya yg kotor, orang2 yang sibuk menyokong berpanji-panji, bersesak sesak melaungkan parti masing2 tu yang kotor....kau tahu ke, dlm hati dorang tu mmg betul dorang sokong parti yang mulut dorang dok berkata-kata tu? Mulut kata sokong, hati kata "RM" "RM" "RM"......bau longkang kay!! sama ja....PAS ka, UMNO ka, PKR ka, Roket ka, majoriti menyokong kerana "RM"....depa turun ramai2, pasai depa sronok dok dapat duit dua ratuih sorang...lebih kurang la.....mana2 parti pun....
"makcik join ni bukan apa....depa bagi duit dua ratuih suruh mai KL....makcik sronok laaa...boleh bawak cucu jalan2 pi tengok KLCC...."
"saya ni penganggur, kaeh pagi makan pagi, kaeh petang makan petang, depa bagi duit suruh pegang sepanduk ni sambil jalan2 keliling kawasan, okey la...senang ja bukan kena angkat batu bata pun...."
"sapa taknak duit bro....at least lepas gua blanja awek tengok wayang dan makan kat Dome....takat ikut puak parti ni dengar talk, takda hal lah...."
kau rasa logic tak? ada tak yg mcm ni? majoriti wa ckp lu....
oleh itu, kalau betul nk menyokong sesebuah parti tu, biarlah dengan ikhlas, biarlah dengan hati yang betul2 yakin bahawa parti itu lah yang akan menjaga agama, bangsa dan negara kita dengan seimbang....yang baik diikut, yang buruk, kalau dapat ditegur, harus ditegur....ikut tak ikut, blakang crita bro...apa pun, diri sendiri kene betul la dlu kan..... ;)
sekian..celoteh dari ahli yang masih belum mendaftar sebagai pengundi (ahkak masih confius..)..
Ya Allah! tunjukkanlah kebenaran....semoga kami semua tak tersimpang jauh dari agamaMu....amin